LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN BONGAWAN
Klinik Kesihatan Bongawan terletak di Pekan
Bongawan Sabah .. Klinik ini telah didirikan
pada tahun 1963 yang terletak lebih
kurang 84 km dari Kota Kinabalu. Jarak dari hospital daerah adalah lebih kurang
26 km.
Bongawan semakin pesat membangun dari pelbagai
sektor. Seperti pembinaan "Sabah Oil Gas Terminal", Sektor lain adalah seperti kilang-kilang perabut, Penternakan
Ayam Desa Hitchery, Golf, Perusahaan bagang dan sebagainya.
Pelbagai
bangsa yang datang ke Klinik Kesihatan Bongawan untuk mendapatkan perkhidmatan
kesihatan atau rawatan termasuklah bangsa Berunai, Kadazan, Dusun, Cina dan
lain-lain.